Singing Hatsune Miku Reality DOOR : Jangan Ganggu

Sabtu, 13 Ogos 2016

Jangan Ganggu


"jangan ganggu"
#seram
#misteri
#persahabatn
#kanibal
SINOPSIS >.,<
kini aku menyesal kerana terlalu peramah dengan SEMUA orang...punca aku terjerumus dengan satu rantai dibawah landasan persahabatan..punca aku terikat dengan janji yang aku sendiri lafazkan..
  kenalan misteri ku,Hana..seorang pelajar yang bijak namun sering menyendiri...berbual sendiri bersama patung kegemarannya..patung yang akan dia bawa kemana sahaja dia pergi....kesilapan terbesar yang aku sesalkan adalah bukan kerana bersahabat dengannya tetapi kerana menerima hadiah darinya..hadiah yang pernah menjadi hadiah kesayanganku kini mengundang rase benci,penyesalan dan impak berdarah bagi orang sekeliling ku..Persoalannya,siapakah yang akan menjadi mangsa seterusnya..mangsa rakus..mangsa rantai persahabatan...nyawaku menjadi taruhan..sahabatku menjadi gadaian...
  sekali melangkah pantang berundur
.
.
.
.
.
                                                           BAB 1 "KENALAN MISTERI"
Huh tahan je lah dengan Amira tu..asyik dia aje nak menang,fikir ape?Diva litlit~dh la ade jerawat tengah dahi ni temuduga jadi model gerai ikan pasar malam pun tak lepas
Geram aku !! Terpaksa la aku yang mengalah sebab kalau nk tunggu diva Mira mengalah mati hidup semula pun belum tentu dapat...
Aku mengambil beg galas ku dan segera duduk di tempat duduk kosong di penjuru kelas..hah sepatutnya aku duduk di depan sebelah Anis kerana aku telah terlebih dahulu meletakkan beg galas ku disitu..bak kata budak-budak, tempat nih kira aku dah chup la haish itu pun Mira tk faham ke..boleh pulak die cakap "Aku nak duduk sini,ko duduk belakang la" eii siap tayang gigi lagi suke-suke mak bapak die je..aku malas nak gaduh pasal bende remeh-temeh macam nih lagi pun kat kerusi tuh tertulis 'sumbangan PIBG' hhahaha boleh la mira duduk kat situ dengan megahnya kerana ayah dia adalah pengerusi PIBG sek kami~banyak menyumbangkan dana secara ikhlas
Kalau aku ingkar permintaannya tadi pasti dia akan mengungkit tentang sumbangan ayahnya~woi tolong lah tu duit bapak ko bukan ko~mahu saja aku berkata begitu tapi bile fikir balik apalah guna bergaduh dengan budak macam tuh buat jatuh aset aku je karang terserlah kejantanan ku hehehe kenalah control ayu sikit gadis melayu la katakan *wekk nk termuntah pulak*
Tengok pasal ko lah Mira..hari pertama aku ke sekolah pada tahun 2013 dah mengumpat pasal ko..
Huh jadi kera sumbang la aku kat sudut kelas nih sorang2...
Sedang aku mengelamun sendiri sambil meletakkan pandanganku kearah luar kelas,tiba-tiba ekor mataku terpaku akan suatu kelibat..otakku berhenti berfungsi seketika..rasa seperti ada sesuatu yang harus aku lakukan sekarang tetapi apakah perkara itu??..beberapa saat aku berfikir sambil melihat kelibat itu datang menghampiri kelas kami..gayanya yang berbadan sasa..jalan control macho...ya~ku meneliti kelibat itu secara terperinci..sesuatu yang menarik perhatian aku,ROTAN DI TANGANnya ..secara automatik aku melontarkan suara sekuat hati membisukan suasana kelas yang sudah seperti wad pesakit mental tahap 4 "kome cikgu Hazmir datang !!!!!" seraya membetulkan posisi kedudukan dan meletakkan buku di atas meja hahhaha acah macam budak rajin baca buku..

Rakan sekelasku semuanya mengambil tempat masing-masing termasuk la Amira hah tetapi dia mengambil tempatku..apa yang mampu aku lakukan hanya menjeling tanda tidak puas hati.

*Tap Tap Tap* hanya bunyi langkah kaki cikgu Hazmir mengisi kesunyian kelas kami..Bunyi kasut kulit guru disiplin itu memang walaupun jauh beribu batu tetap dapat didengari pelajar terutama pelajar yang nakal dan suka membuat onar....

"Bangun!!!assalamualaikum cikgu" mula Danish tuh nak offer diri jadi ketua kelas kerana dia memang suka menggalas jawatan itu tetapi..kalau dia ketua kelas memang huru-hara lah jadinya. Sepatutnya ketua memastikan kelas senyap dan teratur ..ini tidak,Danish a.k.a Danny pun join sekaki jugak..."Danish~awak jadi ketua kelas tahun nih"cikgu Hazmir melangkah masuk ke dalam kelas..rotan di tangan dihayun-hayunkan..Danny pun apa lagi senyum sampai ke telinga kalau boleh memang di meloncat keriangan..macam tidak kenal saja Danny Abang Long kawasan...

Aku merebahkan badan diatas kerusi dan kemudiannya membuka buku .Malas nak layan dieorang nih haha mood aku memang dah melayang bila Diva mira mengambil tempat dudukku..

"Sarah awak dah kenapa masam je dari tadi" tegur cikgu Hazmir menyebabkan padangan tertumpu kearah aku..belum sempat aku membalas..Ikmal terlebih dahulu melontarkan loya buruknya"ingatkan pakwe la tuh...almaklum la cikgu,pakwe die lari ngan marka thailand" "mane tidaknya cikgu dah sarah tuh garang macam singa betina"sambung fauzan pula..haish deme nih bab2 mengumpat orang memang no1 " dah la korang ,tak baiklah"kata amira 'aip baik pulak minah ni'bisik hati kecilku..sejuk la sikit hati yang dia panaskan pagi tadi..tiba-tiba diva amira menyambung kata-katanya "entah-entah sarah sudah tidak tahan hendak ke tandas kut patutlah bau semerbak je dalam nih" AHAHHHAHAHAHAHAHAHAHAHHA 1 kelas tertawa dengan lawak bodohnya itu..mahu saja aku merejam pinggan mangkuk periuk belanga kearahnya...nasib je cikgu ada
"Saya okay je lah ..ni tengah baca buku" sambil menunjukkan buku yang ada di tangan ku.."amboi boleh pulak kamu baca buku terbalik ye" hah! hah !hah ! Kelam-kabut aku membetulkan posisi buku ku..hermm sekali lagi aku ditertawakan oleh rakan sekelas ku yang perangai serupa Syaitoon !

'kalau aku ada kuasa untuk bunuh orang..orang yang pertama aku bunuh ialah kau Amira'monolog dalaman..
"Murid-murid hari ni kita ada rakan baru yang berpindah dari sk kampung Rengas"cikgu Hazmir menyampaikan informasi yang menyebabkan rakan-rakanku tidak berhenti berbual-bual sesama mereka..tertanya-tanya agaknya siapakah murid baru itu..

" cikgu hero ke heroin ?"Tanya Danny..amboi danny~kalaulah perempuan pasti akan dingoratnya hahahaha..."Heroin lah"kata cikgu Hazmir sambil mengangkat keningnya...Cikgu pun kawtim ngan Danny ke-...tak patut betul...

Bunyi desas-desus seakan-akan lebah mengerumuni sarangnya mengisi ruangan kelas 4Prototaip1

*knock knock knock* pintu kelas aku diketuk lembut..Cikgu Hazmir mendekati insan yang mengetuk pintu tadi..semua mata tertumpu kearah pintu kelas termasuklah aku..

"Cun baii !! Entah-entah tu murid baru yang cikgu sebut" "haah la..gf aku tu" "amboi ko sume ko nk..ni bgi aku jelah" "blah la ko,kite tengok sape yg dapat" fauzan dan danny memulakan perang mulut....itu pun jadi isu..kalau ye pun cun fikir dia suke korang ke yang muke pecah rumah perangai serupa beruk makye...aku tersenyum sendiri..haish sarah ko dah macam terlepas hospital bahagia je ..sekali lagi aku bercakap sendiri..hermm nak cakap ngan siape dh aku duduk sorang2 kat penjuru kelas nih..

Cikgu Hazmir kembali memasuki kelas bersama-sama seorang gadis manis berambut panjang bermata sebelah lain sebelah lain..unik giler kut sebelah warna coklat ..yg sebelah lagi susah aku nak describe mungkin kanta lekap edisi terhad kut...

Mata jejaka kelas ku tidak lepas memandang dia..Gadis itu hanya melontarkan senyuman yang manis..yang mampu mencairkan ice berg di kutub utara..

"Hana kenalkan diri dekat kelas baru kamu ni" pinta cikgu Hazmir..memang ini yang ditunggu-tunggu oleh Danny and the geng pun 

"Hai semua,name saye Hana ,dulu saye sek kat sk kampung rengas tapi berpindah ke sini ,atas urusan tertentu" jelas Hana..."urusan tertentu? Urusan kahwin kite la tu :')" dh mule dh pickupline si danny nih CHEA CHEA CHEA CHEA !!! 1 kelas mula berchea chea hahaahaa cikgu pun turut menahan gelak 

Hana melontarkan pandangan yang tajam kearah danny..mungkin danny tidak menyedari tingkah laku Hana itu....

Hana diarahkan untuk duduk di kerusi kosong sebelah aku..yeah akhirnya ada juga teman aku di penjuru kelas ni.

Kini Hana menjadi perhatian pelajar lelaki kelas ku mentang2 dia cantik....
Cikgu-cikgu pun senang dengan sikapnya itu. Termasuk juga aku, aku turut suka bersahabat dengannya...

*kringggg!!!* loceng menandakan tamatnya waktu rehat haish cepat betul loceng berbunyi ,aku hanya sempat menjamah sebuku roti saja..
Dalam perjalanan ke kelas aku terserempak dengan hana di tangga..nampaknya hana keseorangan hermm mungkin dia masih belum mendapat rakan yang dia selesa bersama..aku bertekad untuk mengajaknya rehat bersama-sama esok hari...kebiasaannya aku rehat bersama anis,rakan karib ku...

Anis disebelahku mencuit aku lalu menunding jarinya kearah beg galas hana yang dipeluk erat oleh hana..aku hanya mengangkat kepala tanda bertanya kenapa...anis berbisik ditelinga ku "macam ade harta karun je dalam beg die ..sampai rehat pun nk bawk beg" "ade kepala orang kut hahaha jangan2 die pembunuh bersiri tak" aku hanya menambah kicap kepada lawak anis tdi..

Hana menoleh kearah kami,anis hanya terus meniti anak tangga satu per satu sementara aku mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan hana...aku duduk disebelahnya,hana hanya tersenyum "sarah~awk minat bace novel?" hana menunjukkan sebuah novel seram yang sedang dibacanya..aku memang minat membaca ni lebih2 lagi novel seram..sebab itulah aku berminat untuk menjadi pustakawan...

Rancak kami bersembang sehingga tidak menyedari sudah hampir 30minit kami berbual...habisla masuk ke kelas konfem akan dibebel oleh cikgu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~''''
Hari berganti hari,aku semakin rapat dengan hana hermm mungkin kerana kami berkongsi minat yg sama iaitu membaca..

Ada sesuatu yang menarik perhatian aku terhadap dia....hana akan sentiasa tersenyum hahaha senyuman dia mmg manis pun..dan walau kemana sahaja Hana pergi pasti dia akan membawa beg galasnya bersama..pernah sekali aku cuba menbuka beg galasnya tetapi terkantoi la pulak haahahha Hana seperti membawa sesuatu yg berharge sesuatu yang penting seperti nyawanya....Persoalannya apakah 'sesuatu' itu'?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MP3 HIHIHI sambil bace novel boleh lah dengar lagu =w=